Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta
buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan
antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha
Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera
dan abadi.
Tetapi ya
ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh
dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari
kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku
kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan
merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH
yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan
takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku,
kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha
Ya ALLAH.
Ya ALLAH,
cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku
sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke
arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
No comments:
Post a Comment