NUFFNANG

Wednesday 30 May 2012

sunyi...... ku berfikir ...




Tuhanku..
siang berganti malam,
malam berganti siang.
Begitu aturan yang Engkau tetapkan.
Dan aku, masih di sini sendiri,
dengan kudis-kudis dosa,
membusuk hina.
Apakah dengan segala dosa yang aku ada;
Engkau akan mengampuni dengan redha?
Maklum aku bahawa syurga-Mu,
tersangat indah;
hingga ku tak terbayang dimata.
Dan neraka-Mu tersangat seksa,
hingga bila membayangkan kepedihannya,
mataku terkatup rapat dek takut menahan seksa.
Dan aku ini, datang kepada-Mu,
dengan pakaian jiwaku yang koyak rabak,
dengan kasut dosaku yang menggunung berat,
membawa diri yang penuh hina – terimalah aku.
Redhai aku, Tuhanku.
.: sunyi.. ku muhasabah diri..
ain aufa:.



No comments:

Post a Comment