Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa
kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa
kesusahan
atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud
r.a.)
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana
sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah
Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut
fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada
setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula,
maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus
dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah
Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke
27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal
Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di
dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang
diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula
penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan
adanya hari berbangkit.
Di
dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
*
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia
dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah
tidak
akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang
hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
*
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di
permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.
* Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya.