NUFFNANG

Saturday, 27 April 2013

~TINTA LAKARAN HATI~


~Islam itu indah.~ Jalinan persaudaraan dalam Islam bermula apabila kita mengucapkan kalimah syahadah, kalimah yang mengisytiharkan diri sebagai seorang muslim dan menyatukan umat Islam yang lain dengan ikatan persaudaraan yang tulus suci.

Islam wujud atas dasar cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah dan cinta sesama manusia. Masyarakat berteladan dalam konteks Islam adalah berlandaskan cinta, persaudaraan dan nasihat. Cinta sesama manusia bermula dengan ukhuwah dan seindah-indah ikatan adalah ukhuwah Islamiah. Jika kamu mahu masuk ke syurga, haruslah kamu beriman dan untuk menjadi seorang yang beriman, haruslah kamu saling mencintai dan untuk menggapai cinta itu, tebarkanlah salam antara kamu.

Rasullullah menganjurkan salam sebagai pembuka pencintaan sesama muslim. Dengan ungkapan yang simple , kita telah mendoakan kesejahteraan saudara muslim yang lain. Selepas salam sebagai pembuka, kita ikuti pula dengan perkenalan. Bagaimana mahu mencintai sekiranya saling tidak mengenali? Dengan mengenali saudara yang lain, kita akan mampu berkongsi detik suka, duka dan seterusnya cinta.  Akan tetapi, iman tidak sempurna selagi hubungan sesama muslim terselit dengan rasa benci dan dengki. Jalinan persaudaraan dengan saudara se-Islam atas dasar cinta kepada Allah, dengan penuh hati, kasih sayang dan kebaikan dapat memadamkan rasa dengki, iri hati, benci, permusuhan sehinggakan persaudaraan kerana Allah terikat kuat dan jalinan kasih semakin erat. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap umat Islam untuk menanam sifat cinta di dalam hati kepada saudara sesama Islam kerana Allah, kerana inilah yg dituntut untuk menghasilkan buah cinta yang tulus dan murni sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang kuat, mampu memikul tanggungjawab jihad dan rela berkorban demi Islam.

YA ALLAH hambamu ini bermohon agar perasaan yang hadir di kala waktu ini tidak melunturkan semangatku untuk terus berjuang... mengejar MARDHATILLAH... Ya Allah Seandainya kau catatkan dia milikku, Satukanlah hatinya dgn hatiku..

Dalam diam aku tertarik dgn sifatnya, ilmunya, akhlaknya, senyumannya,cara dakwahnya.. Gaya pemakaiannya. Aku diam krn aku tahu dia milik Allah, aku hanya perlu minta padaNya. Jodoh milik Allah, tiada lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah.. Kekaguman ini hanya hadir dibalik diam...dalam diam Ku berdoa kepada Ilahi Rabbi semoga cinta diamku untukmu, bisa mendekatkan aku kepada Yang Maha Penyayang.
 Aamiin Ya Rabbal ‘alamin..

Diri ini selalu berpesan pada diri:
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥

:: Khas Untukmu ::

"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...
Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...
Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." ♥

Akhir kalam,

" wahai hati, jadikan penantian ini jalan menuju keberkatan, bersabarlah~ akan ada indah di penghujungnya nanti, asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi, insyaAllah, kita akan terus tenang dan sabar menanti. "

Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."
(Hadis sahih Abu Daud)



khas untukmu, diri titipkan ......menjadi pena dalam sanubari.... 


Friday, 26 April 2013

:: PEMUDA DAN BIDADARI SYURGA::


:: PEMUDA DAN BIDADARI SYURGA:: 

Siapakah dia ainul mardiah?'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam .. 

Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita -berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah ..

Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..Sunah Nabi SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain . 

Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah . Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .

Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana.

Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .

Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid . 

Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga .

c/p: KALAM BIDADARI..

Monday, 15 April 2013

~jarak antara mereka~


Jauh itu ada ruang yang memisah,
jauh itu ada 2 hati yang terpisah,
apabila jauh itu ada rasa yang resah,
apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah,
apabila jauh,
ada rindu yang tak sudah-sudah,
Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa...


#hnye nukilan shj...mengisi masa yang terluang...
#lme da x bukak blog ..rindu kembali bertaut... (16/4/2013)

Monday, 4 March 2013

~mereka ..pengganti tanganku....~


hari untuk bersuka ria
bersama sahabat a.ka teman sejati( nik,cda,hajar,shu,yana,ckin) mereka semua adalh kakak-kakakku y berada di terengganu....
yang sentiasa di sisi
tak kira masa
samada suka dan duka
hehe
kami gembira bersama
memandu di jalan raya menuju ke pantai...panjang2 gitu..4 buah motor...
iaitu pantai belakang umah kak FARAH ABDULLAH ..tapi sayang dia x de lm cite nie...dia busy sokmo...
kami berpusing-pusing dahulu..mencari sesuap nasi..
berhentilah kami di KEDAI NASI..a.k.a K.NA(nasi minyak vs nasi lemak+ kaki ayang )
begitulah rutian hidup klu x masak an.. pie cari kt kedai....
 ( bila nak pandai masak an ??? )
setelah berpusing-pusing dan membeli maknn kami berjaya akhirnya sampai di pantai nan indah...
kemudian
kami bersiar-siar mencari tempat y strategik gitu... nk makan kan....
MAKANLAH KAMI.........BERTEMANKAN PANTAI ..BEROMBAK RINDU...
Makan punya makan..... geram dek ombak yang membadai... copak2 la kakak2 saya nie... takut2
tetapi..memandangkan
nafsu untuk main ombak tu....yang membuak-buak + tekanan perasaan
hahaha..

aku pon ap lagi....join la..tpi dalam hati... waaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ade tersimpan ssedikit bunga2 ombak gitu.... J memejamkan mata untuk mengelakkan senyuman yang akan terukir...hehehehe
namun ..aduiiiiiii..kakak nie sowang mai...
maka..terukirlah senyuman di bibir...
ahaks...
oleh yang demikian..
inilah hasilnya




So...lepas tu..bermandi manda la kanak-kanak rebina nie.....
Berposing la..mcm2 gaya adew











tangan y terasa sakit pada mulanya.... tpi bila bersama merka... hilang seketika.... merekalah teman pengganti .....

Friday, 1 March 2013

INDAHNYA SAHABAT


Tiada mutiara sebening cinta,
Tiada sutera sehalus kasih,
Tiada embun setulus hati,
Dan tiada hubungan seindah sahabat.

Sahabat bukan Matematika
yang dapat dihitung nilainya,

Juga bukan Ekonomi yang mengharapkan sebarang bentuk material,
Tidak sistem peraturan yang dituntut oleh undang-undang;

Tetapi sahabat adalah Sejarah
yang dapat dikenang sepanjang masa...























trma kasih shbt... ain sayang kmu... moga persahabtn ini kekal hingga akhirnya..


Tuesday, 16 October 2012

Untukmu Wahai Lelaki...


Untukmu Wahai Lelaki...

~Wahai Lelaki Tidaklah Rugi Seandainya Dirimu Itu Menjadi Seseorang Yang Lebih Dihargai Dan Dihormati Dipandangan Wanita2 Akhir Zaman Kini.Cubalah Untuk Menjadi Lelaki Yang Soleh Disisi Ilahi.InsyaAllah Pasti Dirimu Akan Diberkati Lagi Diredhai...!~




~laYaR kEinSAfAN~


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi