:: PEMUDA DAN
BIDADARI SYURGA::
Siapakah dia
ainul mardiah?'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang
sangat cantik berbanding bidadari - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya
Allah yang tahu . Wallahua'lam ..
Suatu pagi dalam
bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita -berita semangat
kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah) . Kata baginda
SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada
bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di
jalan Allah ..
Mendengar berita
tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah
cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW
dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..Sunah Nabi
SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun
tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain .
Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah . Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .
Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .
Lalu pemuda
tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang
lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat
yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita
tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita
itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah
berada di atas mahligai sana.
Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .
Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .
Mendengar kata -
kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun
menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu ,
beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW
sehingga beliau syahid .
Petang tersebut ,
mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa
hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun
menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut ,
Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda
yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di
syurga .
c/p: KALAM BIDADARI..
No comments:
Post a Comment