~Islam itu indah.~ Jalinan persaudaraan dalam Islam
bermula apabila kita mengucapkan kalimah syahadah, kalimah yang mengisytiharkan
diri sebagai seorang muslim dan menyatukan umat Islam yang lain dengan ikatan
persaudaraan yang tulus suci.
Islam wujud atas dasar cinta. Cinta kepada Allah,
cinta kepada Rasulullah dan cinta sesama manusia. Masyarakat berteladan dalam
konteks Islam adalah berlandaskan cinta, persaudaraan dan nasihat. Cinta sesama manusia
bermula dengan ukhuwah dan seindah-indah ikatan adalah ukhuwah Islamiah. Jika kamu mahu masuk ke
syurga, haruslah kamu beriman dan untuk menjadi seorang yang beriman, haruslah
kamu saling mencintai dan untuk menggapai cinta itu, tebarkanlah salam antara
kamu.
Rasullullah menganjurkan salam sebagai pembuka
pencintaan sesama muslim. Dengan ungkapan yang simple , kita telah mendoakan
kesejahteraan saudara muslim yang lain. Selepas salam sebagai pembuka, kita
ikuti pula dengan perkenalan. Bagaimana mahu mencintai sekiranya saling tidak
mengenali? Dengan mengenali saudara yang lain, kita akan mampu berkongsi
detik suka, duka dan seterusnya cinta. Akan
tetapi, iman tidak sempurna selagi hubungan sesama muslim terselit dengan rasa
benci dan dengki. Jalinan persaudaraan dengan saudara se-Islam atas dasar cinta
kepada Allah, dengan penuh hati, kasih sayang dan kebaikan dapat memadamkan
rasa dengki, iri hati, benci, permusuhan sehinggakan persaudaraan kerana Allah
terikat kuat dan jalinan kasih semakin erat. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap umat Islam
untuk menanam sifat cinta di dalam hati kepada saudara sesama Islam kerana
Allah, kerana inilah yg dituntut untuk menghasilkan buah cinta yang tulus dan
murni sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang kuat, mampu memikul
tanggungjawab jihad dan rela berkorban demi Islam.
YA ALLAH hambamu ini bermohon agar perasaan yang
hadir di kala waktu ini tidak melunturkan semangatku untuk terus berjuang...
mengejar MARDHATILLAH... Ya Allah Seandainya kau catatkan dia milikku,
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Dalam diam aku tertarik dgn sifatnya, ilmunya,
akhlaknya, senyumannya,cara dakwahnya.. Gaya pemakaiannya. Aku diam krn aku
tahu dia milik Allah, aku hanya perlu minta padaNya. Jodoh milik Allah, tiada
lafaz cinta melainkan mendahulukan lafaz akad nikah.. Kekaguman ini hanya hadir
dibalik diam...dalam diam Ku berdoa kepada Ilahi Rabbi semoga cinta diamku
untukmu, bisa mendekatkan aku kepada Yang Maha Penyayang.
Aamiin Ya
Rabbal ‘alamin..
Diri ini selalu berpesan pada diri:
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan
UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku
dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’
ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan
dia.. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih
baik.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada
Ilahi.. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami
lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI
Islam hingga ke akar umbi.. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai
tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini
dengan jalan yang diredhai.. Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG
kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada
aku dan dia..♥ ♥ ♥
:: Khas Untukmu ::
"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku
sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan
memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...
Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah
solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu
agar kita sama2 mencapai mardhatillah...
Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada
seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." ♥
Akhir kalam,
" wahai hati, jadikan penantian ini jalan menuju
keberkatan, bersabarlah~ akan ada indah di penghujungnya nanti, asalkan cinta
ILAHI sentiasa mengiringi, insyaAllah, kita akan terus tenang dan sabar
menanti. "
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari
Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya,
beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."
(Hadis sahih Abu Daud)
khas untukmu, diri titipkan ......menjadi pena dalam sanubari....
No comments:
Post a Comment