NUFFNANG

Sunday, 29 April 2012

~same2 kita renungkan~

~✿>> Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~✿>> Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~✿>> Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~✿>> Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~✿>> Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~✿>> Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.....

Monday, 23 April 2012

Memenangi Hati Sahabat...~


Syukur yang setinggi-tingginya buat Allah yang Maha Agung. Buat kesekian kalinya dibangkitkan dari tidur menghirup udara rahmatNya……ada kasih yang begitu tinggi tidak terukir oleh kata-kata.
Dalam takut menghadapi hari yang belum tentu apa akan ditemui, hati mencari pautan kukuh dari Pencipta Yang Maha Agung. Kaki gementar memijak bumi Allah….tanpa bantuanMu ya Allah, bumi yang dipijak boleh saja bergoncang atau terbelah dan tiada makhluk yang akan selamat.
Hari yang bakal menemukan berbagai jenis manusia tidak menjanjikan apa-apa kemudahan dan terselamat dari fitnah dunia. Hari-hari semalam sudah mengesahkan, dalam ribuan manusia yang berjiwa mulia, ada saja mereka yang berhati iblis, yang tamak, yang menindas, yang menipu dan yang lupa menjaga kepentingan saudara seagama. Ada saja manusia yang lupa setiap apa yang dilakukan akan ada balasannya nanti.
Iman yang sudah sedia lemah ini boleh saja tercabar, taqwa boleh saja tergugat kerana di sekeliling diri ini ada jutaan iblis yang tidak berputus asa menggoda agar kita hilang sabar. Di dalam diri ada saja nafsu dunia yang bukan mudah untuk dilentur.
Siapakah yang mampu meneruskan hidup tanpa rahmat Allah yang sentiasa membantu. Namun kita hanya manusia biasa yang sering lupa untuk berpaut padaNya.
Akal berkata, hidup perlu diteruskan sebaiknya. Seolah-olah ada suara membisikkan:
Apabila ada orang menyakiti hati kamu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kamu masih hidup di kelilingi manusia, bukan binatang buas.
1.
Apabila ada rakan yang membenci kamu , bersyukurlah kerana masih ada orang yang sedar kehadiran kamu . Kamu tidak akan mampu hidup di dunia ini tanpa teman.
2. Apabila ada rakan menghina kamu dengan kata-kata, bersyukurlah kerana kamu masih ada telinga untuk mendengar.
3. Apabila ada orang merampas apa yang kamu milikki, bersyukurlah kerana kamu pernah dianugerahkan Allah untuk memilikinya walau hanya sementara.
4. Apabila sahabat yang kamu percayai menikam dari belakang, bersyukurlah kerana dia hanya menikam dengan kata-kata bukan peluru seperti di Gaza dan kamu masih mampu bernafas dengan udara segar.
5. Apabila kasih sayang kamu tidak dibalas, bersyukurlah sekurang-kurangnya kamu ada perasaan kasih-sayang kurniaan Yang Maha Penyayang.
6. Apabila kamu mula benci dengan seseorang, tahanlah tangan dan lidah dari menyakitinya kerana kamu tidak tahu mungkin orang yang kamu benci itu adalah kekasih Allah.
7. Apabila kamu sudah penat berusaha memenangi hati rakan-rakan, bertafakurlah sejenak, mungkin saja kamu lupa menjaga Allah lebih dari menjaga hati manusia.
Apabila bertemu dengan saudara seIslam lakukanlah 3 perkara:
Beri perhatian sepenuhnya semasa berbicara
1. Muliakan dia sewajarnya
2. Hargai dia sebaiknya
3. ‘Attention’, ‘Respect’ dan ‘Appreciate’, tiga kunci utama memenangi hati orang lain semasa bermuamalah.
Jurujual yang berkesan akan melakukan 3 perkara ini untuk memenangi hati orang lain dalam tempoh 30 saat pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Apalah salahnya kita lakukan juga untuk meneguhkan persaudaraan dengan saudara seagama.
Hati kita mungkin terluka dengan perbuatan orang sekeliling, tetapi ingatlah, luka itu tidak akan sembuh sekiranya kita tidak mampu memaafkannya dan ia berterusan menjadi dendam kesumat. Kesakitan itu akan bertukar dengan kebahagiaan sekiranya kita mampu memenangi kembali hatinya.

* same2 kita renungkan yew sahabat2 AIN AUFA~
Maafkan ain andai selama nie ,,,ain de wat salah ngn korang...~

Tuesday, 27 March 2012

persahabatan ..... nilai ukhwah...


Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yang sudi lagi menjenguk ke blog Ain Aufa ni...

Syukran Jazilan....(n_n) 
Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Dengan keizinan-Nya, kita semua masih diberi peluang oleh Allah...untuk bernafas di atas muka bumi ini....

Selawat & salam ke atas Rasul Junjungan kita...
Rasulullah s.a.w
jom kita layan sat pasai
          Nilai UKHUWAH ISLAMIYYAH....
sebelum kita wat asgmnt y berlambak tngh tunggu kita semua....hehehe

First:Kita sendiri sebagai manusia, pasti tidak akan terlepas daripada ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Begitu jua diri ini....
Dalam persahabatan/ukhuwah, pasti ada sahaja ujian @ perselisihan faham yang berlaku...
Sepanjang kita bersahabat, diri ini jua tak terlepas daripadanya...(melakukan kesilapan)
Ini ujian persahabatan kepada kita semua......
kita bersahabat,same2 kita berkongsi kesedihan...kegembiraan ketika bersama seseorang yang bernama sahabat...


sayang kamu yang bergelar sahabat......
Ain sangat gembira apabila dapat mengenalimu duhai sahabat..

Meskipun kita baharu sahaja kenal (2010-2012), tapi itu bukanlah penghalang perkenalan kita..
Jangan Atas alasan2 yang tidak kukuh...kita putus tali persaudaraan yang kita semua bina....
Meski seribu alasan yang  dituturkan...JANGAN...JANGAN..JANGANNNNNNNN


BIARKAN UKHWAH YANG KITA BINA HARI INI membuatkan hati KITA  tersentuh dengan keakraban ukhuwah Islamiyyah dalam persahabatan..
Buat dirimu sahabat...
Sama2 lah kita muhasabah diri kita balik..Perbaiki diri kita....

Dan maafkanku duhai sahabat.....atas segala silap & salahku...
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi sahabat sendiri. Kita semua tidak sempurna. Lumrah persahabatan, ada masam, manis, kelat, pahit. Berbagai-bagai perisa. Tanpa perisa-perisa tersebut, kita mungkin tidak dapat merasa betapa indahnya nilai sebuah ukhuwwah itu."





Lagu ini untukmu....

http://www.youtube.com/watch?v=WDLfhYyDW7Y

Sekali lagi, maafkanku...

Wassalam...
(n_n)

Sunday, 4 March 2012

I LOVE U: TERAKHIR


Deduksinya, sebenarnya ain ingin koreksi diri ain. Bila membahas pasal cinta mungkin ada yang menghukum atau berkata pembahas jiwa-jiwa. Mungkin ada juga yang biasa saja bila bercerita perihal “I love you” dan cinta. Mungkin juga ada yang bingung dan pelbagai kemungkinan lagi. Bagi ain, tidak kisah pun apa yang orang hendak kata. Namun, apa yang ingin ain kata adalah hakikatnya; ungkapan “I love you” jarang sekali dilafaz untuk kekasih hati, penawar duka, penghibur hati iaitu Rasulullah s.a.w. Kata-kata ini amat sedikit atau mungkin hampir tidak pernah diluah kepada Maha Pencipta. Kenapa?

Mungkin tidak salah dan tidak terlalu keterlaluan kalau dikatakan bahawa sebenarnya tiada cinta Allah pada jiwa. Tiada kasih pada Allah pada sanubari. Tiada sayang pada Allah dalam jiwa. Kalau ada mungkin secicip cuma. Kalau ada mungkin hanya sekadar. Kalau ada mungkin hanya secubit. Kalau ada mungkin setalam cuma.
Mengapa?

Sukar untuk hati berbicara. Sukar untuk bibir berkata. Sukar untuk lidah bercakap. Mungkin hati lupa bahawa Allah Tuhan yang mencipta manusia. Mungkin jiwa lalai dan jarang mengingatiNya. Mungkin sanubari kurang mengerti betapa kasihnya Allah.

Akhir sekali, ingin ain mengajak diri ain dan teman sekalian koreksi diri kita. Dalam putaran masa 24 jam, berapa kalikah kita mengungkap kata “aku cinta padamu ya Rasulullah.” Berapa kalikah kita berteriak “aku cinta padaMu Allah.”

Sabda Nabi s.a.w:

 Maksudnya: Daripada Zahrah bin Mu’bid daripada datuknya berkata:” Adalah kami bersama Rasulullah s.a.w yang mana baginda mengambil tangan Umar, maka berkata Umar: “Wahai Rasulullah adalah engkau orang yang paling kucintai daripada segala sesuatu melainkan diriku.” Bersabda Nabi s.a.w: Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya tidak sempurna iman seseorang sehingga aku lebih dikasihi daripada dirinya sendiri. Maka, bagaimana engkau (Umar) sekarang?” Maka jawab Umar: “Demi Allah aku lebih mencintaimu daripada diriku.” Maka bersabda Rasulullah s.a.w: “Sekarang ya Umar.” (sempurnalah imanmu sekarang ini Umar).

H.R Imam Ahmad
* same2 kita koreksi diri kita.....dimanakah matlamat utama kita...same2 kita renungkan yee teman2 sekalian yang ain sayang...

Wallahu a’lam

Saturday, 3 March 2012

PENANGAN CINTA???

Bismillah

Cinta adalah fitrah semulajadi manusia. Dari mereka yang berumur satu hari, hinggalah mereka yang sedang nazak menghadapi saat kematian, masing-masing punya rasa cinta.
Pelbagai rasa cinta yang ada dalam hati manusia. Cintakan dunia, cinta wang ringgit, cinta negara, cinta ibu bapa, cinta kekasih hati, cinta Allah dan Rasul-Nya dan macam-macam lagi jenis cinta.
Bila perasaan ini adalah fitrah semulajadi manusia, pastinya kita semua sudah merasai cinta. Mampu menjiwai cinta dan mampu memahaminya. Mungkin juga sekarang ini kita sedang asyik dilamun cinta.
Remaja, antara golongan yang sering dikaitkan dengan perasaan cinta. Golongan ini saat terkenal dan begitu masyhur dengan cinta. Mereka sangat sinonim dengan kalimah ini. Dan suatu perkara yang sering diperkata adalah cinta monyet....yeee dok kawan2....??????????
Namun, cinta remaja ini, tidak semuanya berpaksikan monyet semata-mata. Ada yang mengakhirinya dengan ikatan yang sah..tengok cam kak ckin kita ... bahgia da cekarang...hehehe..
Cinta auranya amat luar biasa. Penangannya sangat dahsyat. Ada yang bermadah pujangga. Gunung tinggi sanggup direnangi, lautan api sanggup diredahi. Ada juga yang macam manusia kurang siuman. Ketawa sendiri dan senyum sorang-sorang. Ada juga yang murung tak karuan. Tidur tak lena, mandi tak basah. Ada juga yang sanggup bergolok gadai, menghabiskan seluruh harta untuk cinta.
Demikian antara gambaran dan situasi penangan cinta. Tajam dan menusuk jiwa.
Demikian juga kalau kita saksikan apa yang Saidina Abu Bakar lakukan kesan penangan cintanya kepada Allah dan Rasul.
Peristiwa hijrah antara saksi betapa cintanya Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. Segalanya digunakan bagi menjayakan misi hijrah. Bermula dengan penyediaan dua ekor unta bagi perjalanan ke madinah, hinggalah khadamnya Amir bin Furaihah digunakan bagi menjayakan misi hijrah.
Anaknya juga terlibat sama dalam misi yang penuh makna ini. Asma' binti Abu Bakar ditugaskan menghantar makanan kepada mereka berdua. Begitu juga dengan anak lelakinya Abdullah yang bertugas sebagai mata-mata kepada mereka. Kambing peliharaannya juga digunakan sebagai pemadam kesan tapak kaki perjalanan mereka dan juga sebagai pembekal bahan minuman.
Begitulah antara pengorbanan yang telah dicurahkan Saidina Abu Bakar kepada perjuangan Allah. Demikian penangan cinta yang menyerap ke dalam hati beliau. Bagaimanakah kita? Sekarang ini, apakah penangan cinta yang menyusuk kalbu kita? Mari sama-sama kita koreksi diri.

Wallahu a'lam

I LOVE U 2


Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan “I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?

“I love you” mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan perasaan hati yang sangat dalam dan ungkapan
“I love you” adalah lafaz yang mengungkap rasa cinta tersebut. Cinta adalah perasaan yang halus. Ia mendiami dasar hati hingga kekadang sukar untuk diertikan dan ungkapan “I love you” bila telah dilafaz, maka akan beertilah cinta. Cinta adalah satu fenomena dalam jiwa yang hanya boleh dirasa dengan perasaan tidak nampak dipenglihatan. Maka, ungkapan “I love you” meluah rasa agar yang tersembunyi akan nampak dipenglihatan.

Ain suka untuk mengulangi bahawa cinta adalah unsur semulajadi dalam jiwa manusia, duduk pada rasa yang sangat halus dalam sanubari insan. Ia bagai tersembunyi di lubuk hati. Namun begitu, sebenarnya perasaan halus yang mendiami jiwa manusia ini tidak ada nilai. Ia sedikit pun tidak beerti dan bermakna sekiranya pemilik rasa ini hanya memeramnya pada sanubari yang sunyi. Lorong ini sebenarnya suram dan kosong. Kalau hanya diperam, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Oleh itu, luahan dan kata-kata merupakan unsur muhim agar perasaan ini ada nilai dan mempunyai harga.

Oleh kerana itu, tidaklah salah kalau dikatakan cinta dan kata-kata, antara keduanya mempunyai kaitan yang sangat rapat. Cinta dan ungkapan kata
“I love you” umpama darah daging. 
Wallhu a'lam

bersambung...

Friday, 2 March 2012

I LOVE U

AIN tidak tahu kenapa ain mahu cerita pasal perkara ini. Fikiran ain juga buntu kenapa sering berkata perihal ini. Tapi hati ain tetap mahu bercerita tentangnya. Jari ain tidak boleh lagi dikekang menulis hal keadaannya.
"I love you" aksara berbahasa inggeris yang tidak asing pada gendang telinga dan biasa korneo mata kita memandang.
“I love you” merupakan satu ungkapan kata yang mampu menggugat hati dan jiwa, perasaaan dan sanubari hingga ke dasar yang paling dalam. Ia prosa kata yang amat unik dan paling menyentuh jiwa.

“I love you” adalah satu kalimah cinta. Cinta pula adalah suatu fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Tidak dapat tidak, siapa jua, bagaimana keadaan mereka, kedudukan, keturunan dan apa jua yang ada pada diri mereka, akan mengakui bahawa hati tidak pernah lari dari rasa cinta. Lantaran itu, benarlah bahawa cinta dan manusia umpama aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan.

Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan
“I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?


bersambung...

wallahu a'lam