NUFFNANG

Monday 23 April 2012

Memenangi Hati Sahabat...~


Syukur yang setinggi-tingginya buat Allah yang Maha Agung. Buat kesekian kalinya dibangkitkan dari tidur menghirup udara rahmatNya……ada kasih yang begitu tinggi tidak terukir oleh kata-kata.
Dalam takut menghadapi hari yang belum tentu apa akan ditemui, hati mencari pautan kukuh dari Pencipta Yang Maha Agung. Kaki gementar memijak bumi Allah….tanpa bantuanMu ya Allah, bumi yang dipijak boleh saja bergoncang atau terbelah dan tiada makhluk yang akan selamat.
Hari yang bakal menemukan berbagai jenis manusia tidak menjanjikan apa-apa kemudahan dan terselamat dari fitnah dunia. Hari-hari semalam sudah mengesahkan, dalam ribuan manusia yang berjiwa mulia, ada saja mereka yang berhati iblis, yang tamak, yang menindas, yang menipu dan yang lupa menjaga kepentingan saudara seagama. Ada saja manusia yang lupa setiap apa yang dilakukan akan ada balasannya nanti.
Iman yang sudah sedia lemah ini boleh saja tercabar, taqwa boleh saja tergugat kerana di sekeliling diri ini ada jutaan iblis yang tidak berputus asa menggoda agar kita hilang sabar. Di dalam diri ada saja nafsu dunia yang bukan mudah untuk dilentur.
Siapakah yang mampu meneruskan hidup tanpa rahmat Allah yang sentiasa membantu. Namun kita hanya manusia biasa yang sering lupa untuk berpaut padaNya.
Akal berkata, hidup perlu diteruskan sebaiknya. Seolah-olah ada suara membisikkan:
Apabila ada orang menyakiti hati kamu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kamu masih hidup di kelilingi manusia, bukan binatang buas.
1.
Apabila ada rakan yang membenci kamu , bersyukurlah kerana masih ada orang yang sedar kehadiran kamu . Kamu tidak akan mampu hidup di dunia ini tanpa teman.
2. Apabila ada rakan menghina kamu dengan kata-kata, bersyukurlah kerana kamu masih ada telinga untuk mendengar.
3. Apabila ada orang merampas apa yang kamu milikki, bersyukurlah kerana kamu pernah dianugerahkan Allah untuk memilikinya walau hanya sementara.
4. Apabila sahabat yang kamu percayai menikam dari belakang, bersyukurlah kerana dia hanya menikam dengan kata-kata bukan peluru seperti di Gaza dan kamu masih mampu bernafas dengan udara segar.
5. Apabila kasih sayang kamu tidak dibalas, bersyukurlah sekurang-kurangnya kamu ada perasaan kasih-sayang kurniaan Yang Maha Penyayang.
6. Apabila kamu mula benci dengan seseorang, tahanlah tangan dan lidah dari menyakitinya kerana kamu tidak tahu mungkin orang yang kamu benci itu adalah kekasih Allah.
7. Apabila kamu sudah penat berusaha memenangi hati rakan-rakan, bertafakurlah sejenak, mungkin saja kamu lupa menjaga Allah lebih dari menjaga hati manusia.
Apabila bertemu dengan saudara seIslam lakukanlah 3 perkara:
Beri perhatian sepenuhnya semasa berbicara
1. Muliakan dia sewajarnya
2. Hargai dia sebaiknya
3. ‘Attention’, ‘Respect’ dan ‘Appreciate’, tiga kunci utama memenangi hati orang lain semasa bermuamalah.
Jurujual yang berkesan akan melakukan 3 perkara ini untuk memenangi hati orang lain dalam tempoh 30 saat pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Apalah salahnya kita lakukan juga untuk meneguhkan persaudaraan dengan saudara seagama.
Hati kita mungkin terluka dengan perbuatan orang sekeliling, tetapi ingatlah, luka itu tidak akan sembuh sekiranya kita tidak mampu memaafkannya dan ia berterusan menjadi dendam kesumat. Kesakitan itu akan bertukar dengan kebahagiaan sekiranya kita mampu memenangi kembali hatinya.

* same2 kita renungkan yew sahabat2 AIN AUFA~
Maafkan ain andai selama nie ,,,ain de wat salah ngn korang...~

No comments:

Post a Comment