NUFFNANG

Sunday, 4 March 2012

I LOVE U: TERAKHIR


Deduksinya, sebenarnya ain ingin koreksi diri ain. Bila membahas pasal cinta mungkin ada yang menghukum atau berkata pembahas jiwa-jiwa. Mungkin ada juga yang biasa saja bila bercerita perihal “I love you” dan cinta. Mungkin juga ada yang bingung dan pelbagai kemungkinan lagi. Bagi ain, tidak kisah pun apa yang orang hendak kata. Namun, apa yang ingin ain kata adalah hakikatnya; ungkapan “I love you” jarang sekali dilafaz untuk kekasih hati, penawar duka, penghibur hati iaitu Rasulullah s.a.w. Kata-kata ini amat sedikit atau mungkin hampir tidak pernah diluah kepada Maha Pencipta. Kenapa?

Mungkin tidak salah dan tidak terlalu keterlaluan kalau dikatakan bahawa sebenarnya tiada cinta Allah pada jiwa. Tiada kasih pada Allah pada sanubari. Tiada sayang pada Allah dalam jiwa. Kalau ada mungkin secicip cuma. Kalau ada mungkin hanya sekadar. Kalau ada mungkin hanya secubit. Kalau ada mungkin setalam cuma.
Mengapa?

Sukar untuk hati berbicara. Sukar untuk bibir berkata. Sukar untuk lidah bercakap. Mungkin hati lupa bahawa Allah Tuhan yang mencipta manusia. Mungkin jiwa lalai dan jarang mengingatiNya. Mungkin sanubari kurang mengerti betapa kasihnya Allah.

Akhir sekali, ingin ain mengajak diri ain dan teman sekalian koreksi diri kita. Dalam putaran masa 24 jam, berapa kalikah kita mengungkap kata “aku cinta padamu ya Rasulullah.” Berapa kalikah kita berteriak “aku cinta padaMu Allah.”

Sabda Nabi s.a.w:

 Maksudnya: Daripada Zahrah bin Mu’bid daripada datuknya berkata:” Adalah kami bersama Rasulullah s.a.w yang mana baginda mengambil tangan Umar, maka berkata Umar: “Wahai Rasulullah adalah engkau orang yang paling kucintai daripada segala sesuatu melainkan diriku.” Bersabda Nabi s.a.w: Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya tidak sempurna iman seseorang sehingga aku lebih dikasihi daripada dirinya sendiri. Maka, bagaimana engkau (Umar) sekarang?” Maka jawab Umar: “Demi Allah aku lebih mencintaimu daripada diriku.” Maka bersabda Rasulullah s.a.w: “Sekarang ya Umar.” (sempurnalah imanmu sekarang ini Umar).

H.R Imam Ahmad
* same2 kita koreksi diri kita.....dimanakah matlamat utama kita...same2 kita renungkan yee teman2 sekalian yang ain sayang...

Wallahu a’lam

Saturday, 3 March 2012

PENANGAN CINTA???

Bismillah

Cinta adalah fitrah semulajadi manusia. Dari mereka yang berumur satu hari, hinggalah mereka yang sedang nazak menghadapi saat kematian, masing-masing punya rasa cinta.
Pelbagai rasa cinta yang ada dalam hati manusia. Cintakan dunia, cinta wang ringgit, cinta negara, cinta ibu bapa, cinta kekasih hati, cinta Allah dan Rasul-Nya dan macam-macam lagi jenis cinta.
Bila perasaan ini adalah fitrah semulajadi manusia, pastinya kita semua sudah merasai cinta. Mampu menjiwai cinta dan mampu memahaminya. Mungkin juga sekarang ini kita sedang asyik dilamun cinta.
Remaja, antara golongan yang sering dikaitkan dengan perasaan cinta. Golongan ini saat terkenal dan begitu masyhur dengan cinta. Mereka sangat sinonim dengan kalimah ini. Dan suatu perkara yang sering diperkata adalah cinta monyet....yeee dok kawan2....??????????
Namun, cinta remaja ini, tidak semuanya berpaksikan monyet semata-mata. Ada yang mengakhirinya dengan ikatan yang sah..tengok cam kak ckin kita ... bahgia da cekarang...hehehe..
Cinta auranya amat luar biasa. Penangannya sangat dahsyat. Ada yang bermadah pujangga. Gunung tinggi sanggup direnangi, lautan api sanggup diredahi. Ada juga yang macam manusia kurang siuman. Ketawa sendiri dan senyum sorang-sorang. Ada juga yang murung tak karuan. Tidur tak lena, mandi tak basah. Ada juga yang sanggup bergolok gadai, menghabiskan seluruh harta untuk cinta.
Demikian antara gambaran dan situasi penangan cinta. Tajam dan menusuk jiwa.
Demikian juga kalau kita saksikan apa yang Saidina Abu Bakar lakukan kesan penangan cintanya kepada Allah dan Rasul.
Peristiwa hijrah antara saksi betapa cintanya Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. Segalanya digunakan bagi menjayakan misi hijrah. Bermula dengan penyediaan dua ekor unta bagi perjalanan ke madinah, hinggalah khadamnya Amir bin Furaihah digunakan bagi menjayakan misi hijrah.
Anaknya juga terlibat sama dalam misi yang penuh makna ini. Asma' binti Abu Bakar ditugaskan menghantar makanan kepada mereka berdua. Begitu juga dengan anak lelakinya Abdullah yang bertugas sebagai mata-mata kepada mereka. Kambing peliharaannya juga digunakan sebagai pemadam kesan tapak kaki perjalanan mereka dan juga sebagai pembekal bahan minuman.
Begitulah antara pengorbanan yang telah dicurahkan Saidina Abu Bakar kepada perjuangan Allah. Demikian penangan cinta yang menyerap ke dalam hati beliau. Bagaimanakah kita? Sekarang ini, apakah penangan cinta yang menyusuk kalbu kita? Mari sama-sama kita koreksi diri.

Wallahu a'lam

I LOVE U 2


Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan “I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?

“I love you” mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan perasaan hati yang sangat dalam dan ungkapan
“I love you” adalah lafaz yang mengungkap rasa cinta tersebut. Cinta adalah perasaan yang halus. Ia mendiami dasar hati hingga kekadang sukar untuk diertikan dan ungkapan “I love you” bila telah dilafaz, maka akan beertilah cinta. Cinta adalah satu fenomena dalam jiwa yang hanya boleh dirasa dengan perasaan tidak nampak dipenglihatan. Maka, ungkapan “I love you” meluah rasa agar yang tersembunyi akan nampak dipenglihatan.

Ain suka untuk mengulangi bahawa cinta adalah unsur semulajadi dalam jiwa manusia, duduk pada rasa yang sangat halus dalam sanubari insan. Ia bagai tersembunyi di lubuk hati. Namun begitu, sebenarnya perasaan halus yang mendiami jiwa manusia ini tidak ada nilai. Ia sedikit pun tidak beerti dan bermakna sekiranya pemilik rasa ini hanya memeramnya pada sanubari yang sunyi. Lorong ini sebenarnya suram dan kosong. Kalau hanya diperam, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Oleh itu, luahan dan kata-kata merupakan unsur muhim agar perasaan ini ada nilai dan mempunyai harga.

Oleh kerana itu, tidaklah salah kalau dikatakan cinta dan kata-kata, antara keduanya mempunyai kaitan yang sangat rapat. Cinta dan ungkapan kata
“I love you” umpama darah daging. 
Wallhu a'lam

bersambung...

Friday, 2 March 2012

I LOVE U

AIN tidak tahu kenapa ain mahu cerita pasal perkara ini. Fikiran ain juga buntu kenapa sering berkata perihal ini. Tapi hati ain tetap mahu bercerita tentangnya. Jari ain tidak boleh lagi dikekang menulis hal keadaannya.
"I love you" aksara berbahasa inggeris yang tidak asing pada gendang telinga dan biasa korneo mata kita memandang.
“I love you” merupakan satu ungkapan kata yang mampu menggugat hati dan jiwa, perasaaan dan sanubari hingga ke dasar yang paling dalam. Ia prosa kata yang amat unik dan paling menyentuh jiwa.

“I love you” adalah satu kalimah cinta. Cinta pula adalah suatu fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Tidak dapat tidak, siapa jua, bagaimana keadaan mereka, kedudukan, keturunan dan apa jua yang ada pada diri mereka, akan mengakui bahawa hati tidak pernah lari dari rasa cinta. Lantaran itu, benarlah bahawa cinta dan manusia umpama aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan.

Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan
“I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?


bersambung...

wallahu a'lam

UNTUKMU SAHABAT..

Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku besedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku meleraikannya segera. Jika ada budi yang dihutang, hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan. Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah, hanya maaf yang mampu kupinta. Dan jika esok ku pergi tanpa kembali, iringilah pemergianku dgn doa...Salam ukhuwah kita untuk selamanya...

PANDUAN DAN DOA


Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik, sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah SWT.
Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".
*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100
kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 - 85

Monday, 23 January 2012

LA TAHZAN


DUKA BERTANDANG DALAM HIDUP..
Nukilan ini ain aufa buat untuk santapan jiwaku sendiri pada dasarnya.... ain aufa rasa terpanggil untuk meniti jari jemari ini untuk merungkai terapi duka selama nie....
Bebalik pada DUKA BERTANDANG DALAM KEHIDUPAN ...semua orang tidak pernah lari dari perasaan duka dalam hidup...setiap orang pasti merasainya,lambat @ cepat...semua orang pasti mengalami musibah, kesedihan, cubaan bencana dan cabaran pelbagai macam bentuk dan peringkat yang dialami mengikut pengalaman masing-masing sama juga dengan ain aufa. Semua yang diberikan itu adalah suati kepastian yang tetap akan tejadi kerana Allah telah menuliskannya pada lembaran sejarah hidup kita sejak di LAUH MAHFUZ .
Jadi apa yang perlu kita lakukan sebagai seorang yang bergelar khalifah di muka buminya???? 1 persoalan yang bermain di fikiran ain aufa semasa sedang menulis coretan ini...!!!!!!!
Terdetik sekejap ain aufa melihat alam ini ..di waktu petang yang mana angin bertiup dengan aman ..burung-burung berkicauan di atas  pokok, awan yang redup mata memandang... itulah indahnya ciptaan ALLAH  yang maha esa...  fikiran mula melayang....!!!! semua itu kebesaran ciptaan YANG MAHA ESA... tidak boleh disangkal dek akal fikiran... lalu telintas semula dek fikiran ini... yang mana persoalan DUKA YANG BRTANDANG......??? coretanku adalah.... kita tidak perlu merasa takut dan berduka dalam menghadapinya kerana ia tetap akan terjadi dalan hidup kita... ia akan bertandang jua. Kesedihan yang kita alami akan membuatkan kita bertambah berat untuk menaggung segala beban musibah yang kita hadapi....
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ?????

Apa yang pasti kita perlulah TERSENYUM DAN NIKMATI HARI-HARI YANG INDAH INI DENGAN PENUH KESABARAN.... bagaimanapun saraf-saraf akan tetap tegang, kegelisahan jiwa tidak akan reda dan kecemasan di dada tidak akan pernah sirna, sebelum kita benar-benar beriman terhadap qadha’ dan qadar..ain aifa de cerita yang nak dikongsi bersama.. saat-saat kehilang insan yang bergelar seorang permata yang bergelar AYAH... masa tu ain dengan kawan ainshah pie hospital nak menziarah ayah.. sebab itulah tanggungjawab seorang anak pada kedua orang tuanya..walaupun  ain dibesarkan oleh mak ain... ain bangun pagi2 pastu siap2 pie ambik ecah kat umah.. kami pun pie la hospital ngan motor walaupun masa tu x de lesen lagi.. saat kami sampai kat hospital besar kota bahru tu.. telefon asyik bunyi jew..bila ain angkat call ,kakak cakap.... “adik ayah dah tak de..” masa tulah perasaan  datang yang mana gelisah , sedih, jiwa kosong rasanya.... tapi tetap tabah untuk menghadapinya... membawa diri untuk tabah untuk melihat sekujur tubuh untuk ditatap .. insan yang bergelar seorang ayah... jiwa pilu...air mutiara jernih mula membasahi.. ............... (sekadar  berkongsi)..
 Tapi akhirnya .. yakinlah bahawa Allah selalu memberi yang terbaik untuk kita walaupun terasa begitu berat tangungan yang terpaksa kita hadapi. Pada setiap musibah pasti ada ada pelajaran yang berharga selain ia menjadi penghapus dosa apabila kita berjaya menanganinya dengan sabar dan redha. Semua itu pasti ada jalan keluarnya.
Dari itu , maka mintalah pertolongan hanya kepadaNya. Syukurilah segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nikmat yang sering tidak kita sedari sebelum merasakan susahnya ketika nikmat itu dicabut atau diambil untuk sementara waktu.   
Islam mengajak kita untuk melupakan masa lalu untuk jika ia hanya membuat kita berduka, cukuplah masa lalu itu sebagai pelajaran yang aamt bermakna dalam kehidupan kita, lalu saki bakinya dtutup rapat dan disimpan dalam rungan ‘lupa’. Bersedih dan menyesali masa lalu adalah tindakan yang tidak betul, kerana bersedih ataupun tidak , masa yang berlalu uti tidak akan kembali dan tidak juga berubah. Menyesalinya hanya akan membunuh semangat, memusnahkan tekad dan menguburkan masa depan yang belum terjadi.