DUKA BERTANDANG DALAM
HIDUP..
Nukilan ini ain aufa
buat untuk santapan jiwaku sendiri pada dasarnya.... ain aufa rasa terpanggil untuk meniti jari jemari ini untuk merungkai terapi duka selama nie....
Bebalik pada DUKA
BERTANDANG DALAM KEHIDUPAN ...semua orang tidak pernah lari dari perasaan
duka dalam hidup...setiap orang pasti merasainya,lambat @ cepat...semua orang
pasti mengalami musibah, kesedihan, cubaan bencana dan cabaran pelbagai macam
bentuk dan peringkat yang dialami mengikut pengalaman masing-masing sama juga
dengan ain aufa. Semua yang diberikan
itu adalah suati kepastian yang tetap akan tejadi kerana Allah telah
menuliskannya pada lembaran sejarah hidup kita sejak di LAUH MAHFUZ .
Jadi apa yang perlu kita lakukan sebagai seorang yang
bergelar khalifah di muka buminya???? 1 persoalan yang bermain di fikiran ain aufa semasa sedang menulis coretan
ini...!!!!!!!
Terdetik sekejap ain
aufa melihat alam ini ..di waktu petang yang mana angin bertiup dengan aman
..burung-burung berkicauan di atas
pokok, awan yang redup mata memandang... itulah indahnya ciptaan
ALLAH yang maha esa... fikiran mula melayang....!!!! semua itu
kebesaran ciptaan YANG MAHA ESA... tidak boleh disangkal dek akal fikiran...
lalu telintas semula dek fikiran ini... yang mana persoalan DUKA YANG BRTANDANG......??? coretanku
adalah.... kita tidak perlu merasa takut dan berduka dalam menghadapinya kerana
ia tetap akan terjadi dalan hidup kita... ia akan bertandang jua. Kesedihan
yang kita alami akan membuatkan kita bertambah berat untuk menaggung segala
beban musibah yang kita hadapi....
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ?????
Apa yang pasti kita perlulah TERSENYUM DAN NIKMATI HARI-HARI
YANG INDAH INI DENGAN PENUH KESABARAN.... bagaimanapun saraf-saraf akan tetap
tegang, kegelisahan jiwa tidak akan reda dan kecemasan di dada tidak akan
pernah sirna, sebelum kita benar-benar beriman terhadap qadha’ dan qadar..ain
aifa de cerita yang nak dikongsi bersama.. saat-saat kehilang insan yang
bergelar seorang permata yang bergelar AYAH... masa tu ain dengan kawan ainshah
pie hospital nak menziarah ayah.. sebab itulah tanggungjawab seorang anak pada
kedua orang tuanya..walaupun ain
dibesarkan oleh mak ain... ain bangun pagi2 pastu siap2 pie ambik ecah kat
umah.. kami pun pie la hospital ngan motor walaupun masa tu x de lesen lagi..
saat kami sampai kat hospital besar kota bahru tu.. telefon asyik bunyi
jew..bila ain angkat call ,kakak cakap.... “adik ayah dah tak de..” masa tulah
perasaan datang yang mana gelisah ,
sedih, jiwa kosong rasanya.... tapi tetap tabah untuk menghadapinya... membawa
diri untuk tabah untuk melihat sekujur tubuh untuk ditatap .. insan yang
bergelar seorang ayah... jiwa pilu...air mutiara jernih mula membasahi..
............... (sekadar berkongsi)..
Tapi akhirnya ..
yakinlah bahawa Allah selalu memberi yang terbaik untuk kita walaupun terasa
begitu berat tangungan yang terpaksa kita hadapi. Pada setiap musibah pasti ada
ada pelajaran yang berharga selain ia menjadi penghapus dosa apabila kita
berjaya menanganinya dengan sabar dan redha. Semua itu pasti ada jalan
keluarnya.
Dari itu , maka mintalah pertolongan hanya kepadaNya.
Syukurilah segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nikmat yang
sering tidak kita sedari sebelum merasakan susahnya ketika nikmat itu dicabut
atau diambil untuk sementara waktu.
Islam mengajak kita untuk melupakan masa lalu untuk jika ia
hanya membuat kita berduka, cukuplah masa lalu itu sebagai pelajaran yang aamt
bermakna dalam kehidupan kita, lalu saki bakinya dtutup rapat dan disimpan
dalam rungan ‘lupa’. Bersedih dan menyesali masa lalu adalah tindakan yang
tidak betul, kerana bersedih ataupun tidak , masa yang berlalu uti tidak akan
kembali dan tidak juga berubah. Menyesalinya hanya akan membunuh semangat,
memusnahkan tekad dan menguburkan masa depan yang belum terjadi.
Salam ziarah ukhti Ain..explore sane sini,rupenye ade blog ye..^_^
ReplyDelete~kuatkan mujahadahmu shbtku..ku sntiasa doakanmu.