NUFFNANG

Sunday 12 May 2013

KETENANGAN YANG KUCARI....

khas untuk kak ikin yang disayangi ...x mau sedih2 dah... dibakultongsampahkan ajew ... kih2...tenyum2 mucuk2..



Syukur yang teramat kepada Sang Pencipta yang masih mengizinkan kita hidup di dunia yang hanya persinggahan ini. Panorama di atas dapat memberi ketenangan kepada setiap insan yang melihatnya ..an2 akak tomey( k.ekin) . Ya, ketenangan tersebut dapat dikecapi apabila kita duduk seorang diri melihat keindahan alam sambil ditemani bayu angin yang lembut menyapa sekaligus membuatkan kita terbuai-buai di awangan. Mungkin alam berkongsi segala perasaan yang kita alami dan ajaibnya segala gundah-gulana semakin menjauh dan hilang dibuai oleh sang angin yang menyapa. Alangkah seronoknya jika panorama seperti ini dapat dikekalkan di bumi persinggahan ini. 

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah S.W.T. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya Keadilan dan Keagungan Allah S.W.T.

'(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram' [Ar-Ra'd: 28]


My loving sister... ukir senyuman dikala ujian menimpa..ingat ALLAH sentiasa, ALLAH sentiasa bersama kita... J...

No comments:

Post a Comment