NUFFNANG

Sunday, 20 May 2012


~Elakkan Kesombongan dalam Keupayaan~


Setiap antara kita mempunyai keupayaan tersendiri. Keupayaan apa yerr?mungkin keupayaan menguasai pelbagai bahasa, keupayaan dalam kemahiran pertukangan, keupayaan menghasilkan karya dan pelbagai lagi kan..Dalam entry pada kali ini, ain tertarik untuk menulis mengenai Keupayaan membezakan kebaikan dan keburukan. 


Keupayaan  dalam membezakan kebaikan dan keburukan adalah satu kurniaan yang cukup berharga dari Allah. Tapi jangan tertimbul kesombongan dari hasil keupayaan membezakan itu. Jangan pandang rendah/pandang hina orang lain, walau hakikatnya kita tahu kita berada di pihak benar dan 'yang lain' itu di pihak salah. Tapi tugas Muslim adalah untuk menghampiri yang hina itu dan memperbaiki mereka. Terbaik, adalah nasihat direct. Kena berani bagi nasihat direct, kalau benar-benar concern tentang mereka. 


Jika keluhan diluah terlebih dahulu di halaman facebook,blog & seumpamanya sebelum menjalankan tugas di bahagian 'direct' itu, pada pendapat ain, 'yang hina' semakin terasa terjauh. Terasa seperti kesalahannya disebut-sebut depan orang ramai. 


Sebagai satu tips untuk memberanikan diri untuk memberi nasihat direct, bersantailah dengan mereka sentiasa, and treat them like a descent human being. Boleh menyelit nasihat dalam suasana santai. Tiada terasa ketegangan. Dan ajak mereka slow-slow. Usah diberi lambakan Ayat Qur'an dan Hadith secara mengejut. Saya percaya, mereka akan terasa phobia dan makin menjauh. Kena pandai olah. Kita bukan nak menghukum mereka, tapi sama-sama nak ajak buat kebaikan. Kita bukan Allah, untuk menggunakan ayat-ayat-Nya untuk membuat orang lain terasa bersalah dengan kesalahan mereka. Yang layak bersombong hanyalah Allah s.w.t. Sombong adalah pakaian Allah s.w.t. Dan kita tahu, ayat Al-Qur'an itu banyaknya bernada sombong. Perlu pandai mengolah dalam penyampaian. Perlukan skill.


Jadi ayat dalam post perlu lebih bernada lembut. Sungguh pembaca dapat bezakan: Samada anda menaip dalam keadaan memarahi mereka, atau ikhlas hendakkan mereka jadi orang-orang baik. Sekali lagi: kita bukan penghukum.
nukilanku...ain aufa~

~Lepskanlah, Ia Bukan Hak milik kite ~






sudah ku temui satu hati, 
yang dinilai dengan mata hati,
 namun ku akur dgn takdir ilahi..
harusku biarkan ia pergi..
mengejar apa yang dicari..
semoga dia lebih mengerti akan satu hati ...
bila tiba suatu saat nanti.
pasti dia mngerti.



Pelayaran kita dalam dunia ini tak semudah apa yang kita imaginasikan. Kita acap kali menanam impian agar apa yang kita impikan akan terlaksana. Kita sering berimaginasi tentang sesuatu yang indah, sehingga kadangkala kita terlupa bahawa impian dan imaginasi-imaginasi itu semuanya perlukan izin dari-Nya.
Kadangkala manusia ini terlalu banyak peliknya. Sering akan terlupa dengan ketentuan-Nya. Sudah jelas dan nyata dengan apa yang tersurat, namun masih tegar mencuba dengan hati berkata bahawa ketentuan itu mungkin akan berubah. Apakah waras tindakan itu diteruskan? Manusia sememangnya gemar melawan fitrah. Lebih enak melakukan apa yang mungkin bisa memudaratkan.
Tuhan menentukan takdir perjalanan hidup kita.
Apa yang bukan milik kita, mengapa masih mahu mengendongnya? Biarlah ia berlalu dengan hati redha.
Apa yang bukan untuk kita, jelas dan nyata. Mengapa masih mahu cuba digapai? Ia bakal membawa kekecewaan di hati.
Jangan membiarkan hati terluka dan kecewa dengan ketandusan diri sendiri yang tidak mahu mangakui ketentuan itu. Bukalah hati kita kepada yang sebenarnya untuk kita. Agar ikhlas itu akan timbul dengan tanpa rasa keraguan.
Lepaskan apa yang bukan hak milik kita, biarkan ia pergi kepada pemiliknya.
Serahkanlah harta yang bukan untuk kita, agar pemiliknya dapat menjaga ia sebaiknya.
Carilah hak kita, gali lah harta kita. Jika ia milik kita, maka akan kekal untuk kita selamanya

~aku sayang kamu,sahabat~

~aku sayang kamu,sahabat~

Aku xpernah cakap in direct kat korg,
"aku sayang kamu,sahabat.."
kot aku kata nti korg kata aku melalut,
buat tbiat..
"...dah nak mati ka ain weiiiiiii?"

so,aku tulis la kat sini
"aku sayang korg.."
seikhlas hati aku taw
bagi aku susah senang korg ade..
time kita gelak ketawa..sma2 kan?
time aku nangis,korg ade  kan?
aku citer korg dengar,
korg citer aku dengar..walaopon kadang2 citer 2 xbest pon
tapi gelagat korg susah nak cari pada org lain
aku nk sgt kita slalu mcm 2..

betul la org cakap,law benci,jgn benci lebih2..nti jatuh sayang
walaupon dulu2 aku ni susah nk trima prangai korg masing2
tp Alhamdulillah..kita dah capai tahap mcm skunk ni
baik buruk korg,dah mcm jd baik buruk aku jgk
law gadoh2 pon,dh x simpan dlam ati dah..touching kejap2 jek
aku rasa mcm adik bradik aku dah

tp bila tiba masa nti
kita pasti akan terpisah jg kan?
time 2,korg masih ingt aku lg x?
korg akan terkenang2 x saat kita skunk ni?
InsyaAllah,aku akan ingt korg..
~nukilanku.. ain aufa~

Sunday, 6 May 2012

JANGAN DILANNGAR YANG HARAM KERANA CINTA!!!!!!!!


jangan dilanggar yang haram kerana cinta.
Jangan abaikan yang wajib kerana cinta.

Manakala yang makruh dan sunat terpulang pada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkan.

Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan.

Percayalah juga, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.

same2 kita hayati yew sahabt :)


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai si dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

Bersabarlah, mungkin kamu akan menemui jodoh mu...
amin ya rab...

Sunday, 29 April 2012

~same2 kita renungkan~

~✿>> Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~✿>> Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~✿>> Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~✿>> Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~✿>> Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

~✿>> Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.....

Monday, 23 April 2012

Memenangi Hati Sahabat...~


Syukur yang setinggi-tingginya buat Allah yang Maha Agung. Buat kesekian kalinya dibangkitkan dari tidur menghirup udara rahmatNya……ada kasih yang begitu tinggi tidak terukir oleh kata-kata.
Dalam takut menghadapi hari yang belum tentu apa akan ditemui, hati mencari pautan kukuh dari Pencipta Yang Maha Agung. Kaki gementar memijak bumi Allah….tanpa bantuanMu ya Allah, bumi yang dipijak boleh saja bergoncang atau terbelah dan tiada makhluk yang akan selamat.
Hari yang bakal menemukan berbagai jenis manusia tidak menjanjikan apa-apa kemudahan dan terselamat dari fitnah dunia. Hari-hari semalam sudah mengesahkan, dalam ribuan manusia yang berjiwa mulia, ada saja mereka yang berhati iblis, yang tamak, yang menindas, yang menipu dan yang lupa menjaga kepentingan saudara seagama. Ada saja manusia yang lupa setiap apa yang dilakukan akan ada balasannya nanti.
Iman yang sudah sedia lemah ini boleh saja tercabar, taqwa boleh saja tergugat kerana di sekeliling diri ini ada jutaan iblis yang tidak berputus asa menggoda agar kita hilang sabar. Di dalam diri ada saja nafsu dunia yang bukan mudah untuk dilentur.
Siapakah yang mampu meneruskan hidup tanpa rahmat Allah yang sentiasa membantu. Namun kita hanya manusia biasa yang sering lupa untuk berpaut padaNya.
Akal berkata, hidup perlu diteruskan sebaiknya. Seolah-olah ada suara membisikkan:
Apabila ada orang menyakiti hati kamu, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kamu masih hidup di kelilingi manusia, bukan binatang buas.
1.
Apabila ada rakan yang membenci kamu , bersyukurlah kerana masih ada orang yang sedar kehadiran kamu . Kamu tidak akan mampu hidup di dunia ini tanpa teman.
2. Apabila ada rakan menghina kamu dengan kata-kata, bersyukurlah kerana kamu masih ada telinga untuk mendengar.
3. Apabila ada orang merampas apa yang kamu milikki, bersyukurlah kerana kamu pernah dianugerahkan Allah untuk memilikinya walau hanya sementara.
4. Apabila sahabat yang kamu percayai menikam dari belakang, bersyukurlah kerana dia hanya menikam dengan kata-kata bukan peluru seperti di Gaza dan kamu masih mampu bernafas dengan udara segar.
5. Apabila kasih sayang kamu tidak dibalas, bersyukurlah sekurang-kurangnya kamu ada perasaan kasih-sayang kurniaan Yang Maha Penyayang.
6. Apabila kamu mula benci dengan seseorang, tahanlah tangan dan lidah dari menyakitinya kerana kamu tidak tahu mungkin orang yang kamu benci itu adalah kekasih Allah.
7. Apabila kamu sudah penat berusaha memenangi hati rakan-rakan, bertafakurlah sejenak, mungkin saja kamu lupa menjaga Allah lebih dari menjaga hati manusia.
Apabila bertemu dengan saudara seIslam lakukanlah 3 perkara:
Beri perhatian sepenuhnya semasa berbicara
1. Muliakan dia sewajarnya
2. Hargai dia sebaiknya
3. ‘Attention’, ‘Respect’ dan ‘Appreciate’, tiga kunci utama memenangi hati orang lain semasa bermuamalah.
Jurujual yang berkesan akan melakukan 3 perkara ini untuk memenangi hati orang lain dalam tempoh 30 saat pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Apalah salahnya kita lakukan juga untuk meneguhkan persaudaraan dengan saudara seagama.
Hati kita mungkin terluka dengan perbuatan orang sekeliling, tetapi ingatlah, luka itu tidak akan sembuh sekiranya kita tidak mampu memaafkannya dan ia berterusan menjadi dendam kesumat. Kesakitan itu akan bertukar dengan kebahagiaan sekiranya kita mampu memenangi kembali hatinya.

* same2 kita renungkan yew sahabat2 AIN AUFA~
Maafkan ain andai selama nie ,,,ain de wat salah ngn korang...~