NUFFNANG

Saturday, 22 September 2012

Jika Jodoh adalah TAKDIR





Jika Jodoh adalah TAKDIR maka aku tak perlu risau menerka dia atau dia jodohku dengan jalan mencoba menjalin hubungan tanpa kehalalan sebagai alasan sebuah usaha pencarian.

Jika jodoh adalah TAKDIR maka aku harus beriman padanya, pada takdir-Nya bahwa jika sebuah nama telah ditetapkan menjadi belahan jiwa kita, kita pasti dipertemukan dengannya dlm ikatan yg diridhai_Nya. Maka cukuplah masa lajang ku, ku isi dengan perbaikan dan menuntut ilmu,cukuplah itu memberiku ketenangan ketimbang melanglang buana menjadi petualang cinta.

Namun, Jika Jodoh adalah pilihan,, Maka aku wajib berbenah diri, karena Rasullullah pernah bersabda ''…pilihlah yg baik agamanya agar kamu beruntung…''


TAKDIR ataupun PILIHAN tugas kita tetap sama, iaitu menuntut ilmu, berbenah diri dan membangun cinta kita pada Allah Ta'aala..




HATi!




Kalau tak mampu MENCINTAI,
Jangan pernah sentuh hati seseorang...
Kalau tak mampu SETIA,
jangan pernah mengukir janji...
Kalau tak mampu MENGGENGGAM HUBUNGAN,
jangan pernah beri harapan...

Karena HATI MANUSIA itu...

Terlalu BERNILAI untuk DISAKITI,
Terlalu MAHAL untuk DISIA-SIAkan dan
Terlalu BERHARGA untuk DIHANCURkan.

Ingatan buat DIRI...
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti...
Karena sekali kau memberi, selamanya dia di HATI, karena sekali kau dilukai, sampai kapan-kapan pun tetap kau ingati...

Ingatan untuk DIRI...
Hati-hatilah dalam memberi HATI, sebab ia hanya untuk insan yang tahu MENGHARGAI betapa tingginya nilai sekeping HATI...

Hati-hati membawa hati lebih baik menata hati !



Wednesday, 29 August 2012

Terkadang kita Perlu melepaskan Orang yang Kita Cintai..


Terkadang kita Perlu melepaskan Orang yang Kita Cintai.. karena belum Tentu Pula ia Ditakdirkan UNtuk KIta.Sematkan dalam hati ketika kini Risau Berbalut kegelisahan tentang Rijal yang telah Pergi..." Boleh Jadi Kamu membenci sesuatu padahal itu amat Baik bagimu,dan Boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu padahal Itu amatlah Buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Qs.Al-baqarah ;216]

Namun... seandainya benar ia ditakdirkan untukkmu,pasti Allah akan Mempertemukan jua dengan tertanamnya Cinta dan kasih sayang dan memberi rasa yang lebih Indah setelah akad Dilafadzkan.

Jemputlah aku Dengan iman dan taqwamu,khitbah aku dengan Ar-rahman,tak perlu kau sediakan Perhiasan sebagai mahar dihari Pernikahan,Karena aku akan berusaha menjadi Perhiasan terIndah Untukmu dan hatimu..Kerelaanmu adalah Keberkahan bagiku,Sunnah Rasul yang kau Hidupkan itulah kebahagiaanku Memilikimu... dan INgatlah Wahai Pemilik hati yang Allah Tetapkan Untukku...SEbelum kita Melangkah,,,Mohonlah Ijin-Nya Melalui Istikharah Rok'atain..Jika yang fana tak menyatukan,,,semoga yang abadi Mempertemukan....

Aamiin ya robbal 'alaamiin

Monday, 27 August 2012

sanah helwah...... <^^>


Buat sahabatku,
Nurul Asyikin Nor Rodin (Puteri ERpul)  
&   
Aqila Ramli
Selamat hari jadi ke-????.
Semoga happy selalu, Bahagia di dunia dan akhirat.
InsyaAllah.

Tanggungjawab ini teresak-esak menangis




Dikejauhan
ada suara teresak-esak,
sumbang iramanya
canggung tingkahnya
mendung bicaranya
ia sedang berlagu duka
di tengah lautan globalisasi
inilah esakan suatu tanggungjawab
warisan Muhammad.

Dikejauhan
ada langgam derita,
sember alunannya
pahit gerak tarinya
renyai-renyai rentaknya
ia sedang bernyanyi lara
di tengah mergastua sekular,
inilah derita secangkir tanggungjawab
pusaka Muhammad.

Dikejauhan
ada gema sendu,
lesu langkahnya
gontai gamitannya
letih olengannya
ia sedang di gelenyeh metah
tidak berasah,
inilah sendu sebuah tanggungjawab
peninggalan Muhammad.

Dikejauhan
pada perlembahan Nil
ada sejambak anak-anak Al-Azhar
sedang tertawa riang
sedang menyantap
cacing-cacing hidangan dunia.
Mereka pekak,
telinga dipalam tahi-tahi hiburan
hati dibungkus lihaf meterial.
Mereka gembira melihat
tanggungjawab ini terhinjut-hinjut
tanpa papahan.
Bakal ulamak ini gemar
didendang rengekan sendu
tanggungjawab ini
Mereka enak mendengar
tangungjawab ini
teresak-esak menangis.
Ingatlah kalam Rabbul Jali
nerakalah tempatnya buat mereka
yang durjana
khianat pada tanggungjawab.
Celakalah mereka yang
lari dari amanah yang diberi.
(sajak ini aku tujukan khas untuk diriku yang selalu membiarkan tangunggjawab ini terhinjut-hinjut, menangis dan meraung memanggil namaku. Tetapi, jarang sekali ku layan kerenahnya. Moga satu masa nanti dapatku papah, kubelai dan kupujuk tangungjawab ini agar ia tidak menangis lagi.)

Monday, 16 July 2012

hijrah....~~


Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Rasulullah SAW mengingatkan mengenai  hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."


Dari mata turun ke hati..pantun-pantun Melayu pun banyak mengatakan tentang hati.  Mengapa Hati?Apa kaitannya dengan HIJRAH??
   Pada hamba, memang sangat berkaitan.  Ya, kerana hati, hamba pernah lalui persimpangan yang berliku dan mengecewakan.Kerana hati juga, hamba mampu bangkit kembali,pada jalan ini.jalan tarbiyyah yang hamba tidak akan sesekali tinggalkan.
   Dari hati juga Allah ilhamkan hamba beristikharah,solat yang pernah hamba gentar untuk melakukaannya.  Alhamdulillah, Maha Suci Allah, lantaran istikaharah, hamba diberi peluang, peluang kembali pada fikrah diri..mendamba hijrah,untuk jadi baik??ya, menjadi benar-benar BAIK dan Solehah.  
   Hamba akui hamba bukan lah sebaik wanita, apatah lagi tebal iman di dada, senipis cuma.  Namun kerana tidak sebaik mana itulah, hamba seringkali alpa, sehingga lalai pada cinta manusia.  Alhamdulillah, syukur..kerana cinta manusia hamba terluka,ya memang hati hamba terluka.TAPI hamba sangat BERSYUKUR.  KERANA LUKA itu Allah memberi hamba peluang meraih CINTA NYA yang lebih AGUNG.  Kini hamba sedar, baiknya manusia bukan pada rupa, bukan pada warak luarannya, namun iman di dada itulah nilaian hatinya.  
  "Tidak  semestinya LELAKi yang BAIK itu BAIK NILAI HATINYA.  NILAI ITU CERMINAN IMAN.  Itulah pengajaran berharga yang hamba perolehi.  Manusia mampu mencipta seribu alasan untuk melukakan, namun sukar mengungkap bait kemaafan untuk hati yang telah dilukakan.  "
  CUKUP>>> SELAMAT TINGGAL JAHILIYAH HATI,  SELAMAT TINGGAL DUKA,  SELAMAT TINGGAL KENANGAN MANUSIA..


Ya Allah, 
Terima lah taubat hamba Mu ini
Hapuskan ingatan silamku
Hapuskan duka di hatiku
Hapuskan gangguan pada hatiku


Ya Allah,
Kuatkan hamba pada jalan tarbiyyahmu
Eratkan ukhwah dengan mereka yang mendamba redha Mu
Moga hati ini kembali tenang
Moga keampunan Mu mensuci titik-titik hitam di kalbu
Agar hamba ini mampu kembali kuat
Bangkit..
Kerana ku damba Solehah




   "Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang menginginkan kejernihan hatinya hendaknya dia lebih mengutamakan Allah daripada menuruti pelbagai keinginan hawa nafsunya. Hati yang terkongkong oleh syahwat akan terhalang dari Allah sesuai dengan kadar kebergantungannya kepada syahwat. Hancurnya hati disebabkan perasaan aman dari hukuman Allah dan terbuai oleh kelalaian. Sebaliknya, hati akan menjadi baik dan kuat kerana rasa takut kepada Allah dan ketekunan berzikir kepada-Nya.” 

Ayuh kita lakukan penghijrahan HATI...=)



Tuesday, 12 June 2012

~kembara hati~


Aku sedang menanti dia… Seorang lelaki yg akan bergelar suami… Seorang mukmin yg merindui syahid di jalan ALLAH.. Seorang hambaNYA yg senantiasa zikrullah.. Dia seorang lelaki yg tegas & berani.. Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.. Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yg ingin menguasai diri. Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.. Dia selalu menghiburkan aku.. Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.. Dengan zikir-zikir munajat.. Dengan surah-surah rindu yg dihafaznya.. Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi.. Dia menasihati ku supaya mengingati mati.. Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.. Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.. Dia memang sentiasa kelihatan penat.. Matanya penat kerana membaca.. Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.. Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.. Dia sentiasa mengingati mati.. Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata.. Kita hambaNYA adalah pelakon.. Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.. Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat.. Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.. Dia seorang yg penyayang dan taat akan kedua ibu bapa.. Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.. Dia sentiasa tabah & sabar dalam menghadapi dugaan.. Baginya, dugaan-dugaan itulah yg akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak… Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.. Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya.. Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga… Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.. Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.. Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W… Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.. Kekasih sejatinya dan kekal abadi.. Iaitu ALLAHURABBI… Dia selalu berdoa & mengimpikan syurga.. Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.. Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.. Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.. Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta.. Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.. Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.. Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.. Siapakah dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. Doaku, semoga dia tercipta untuk ku.. Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.. Kerana.. Dia pilihan ku..(^_^)




by: muhamad jamaludin sa