Aku sedang menanti dia… Seorang lelaki yg akan
bergelar suami… Seorang mukmin yg merindui syahid di jalan ALLAH.. Seorang
hambaNYA yg senantiasa zikrullah.. Dia seorang lelaki yg tegas & berani..
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.. Dia tidak pernah gentar melawan
nafsu yg ingin menguasai diri. Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad
fisabilillah.. Dia selalu menghiburkan aku.. Dengan alunan ayat-ayat suci
Al-Quran.. Dengan zikir-zikir munajat.. Dengan surah-surah rindu yg
dihafaznya.. Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi.. Dia menasihati ku
supaya mengingati mati.. Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta
dunia.. Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..
Dia memang sentiasa kelihatan penat.. Matanya penat kerana membaca.. Suaranya
lesu kerana penat mengaji dan berzikir.. Badannya letih kerana bermunajat di
malam hari.. Dia sentiasa mengingati mati.. Baginya,dunia ini adalah pentas
lakonan semata-mata.. Kita hambaNYA adalah pelakon.. Hasil keputusan lakonan
kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.. Dia sentiasa menjaga matanya
dari berbelanja perkara-perkara maksiat.. Dia sentiasa mengajak aku mendalami
ajaran Islam.. Dia seorang yg penyayang dan taat akan kedua ibu bapa.. Dia juga
sentiasa berbakti untuk keluarga.. Dia sentiasa tabah & sabar dalam menghadapi
dugaan.. Baginya, dugaan-dugaan itulah yg akan menjahit semula Sejadah imannya
yang terkoyak… Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.. Dia sentiasa
menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya.. Dia sentiasa bersedia menjadi
imam dan pemimpin keluarga… Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama
IslamNYA.. Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.. Dia sentiasa
ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W… Dia juga sentiasa
berusaha mencintai kekasih agungnya.. Kekasih sejatinya dan kekal abadi.. Iaitu
ALLAHURABBI… Dia selalu berdoa & mengimpikan syurga.. Dia ingin mengajak
aku ke sana sekali.. Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.. Dia
ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.. Aku mencintai dia kerana agamanya
dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta.. Andai dia hilangkan cintanya, maka
hilanglah cintaku pada dia.. Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku
padaNYA.. Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.. Siapakah
dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.. Hanya Engkau Yang
Maha Mengetahui segala sesuatu.. Doaku, semoga dia tercipta untuk ku.. Semoga
aku bertemu jodoh dengan dia.. Kerana.. Dia pilihan ku..(^_^)
by: muhamad jamaludin sa
Salam..ameen.Moga bertemu insan yg diimpikan..
ReplyDeleteIndahnya madah..^_^
wasalam..... amin... moga penantian ini akan berakhir... thnks... doakan ain ye..
Delete